Close

Siri vivo X300 menyokong kemas kini sehingga 7 tahun

vivo telapun mengesahkan peranti andalan mereka iaitu X300 dan X300 Pro akan tiba ke pasaran global pada November ini.

Seiring dengan ketibaannya ke pasaran global, vivo mengesahkan siri X300 akan menerima kemas kini perisian yang lebih panjang iaitu 5 tahun untuk Android dan 7 tahun untuk keselamatan.

Dengan kemas kini sehingga 7 tahun ia menjadikan penawaran peranti ini lebih menarik dan berbaloi berbanding pengeluar lain. Walau bagaimanapun, penawaran ini tidak setanding Samsung dan Google yang menawarkan kemas kini sehingga 7 tahun untuk Android dan 7 tahun untuk keselamatan.

Selain itu, kemas kini perisian yang lebih panjang memberikan nilai tambah dan manfaat yang lebih baik kepada pengguna terutamanya dari segi keselamatan, prestasi dan nilai untuk jangka panjang.

ARTIKEL BERKAITAN