Sebelum ini, realme telahpun memperkenalkan GT 7 edisi terhad yang dikenali sebagai Dream Edition. Peranti edisi terhad ini dihasilkan melalui kerjasama strategik dengan pasukan Aston Martin Formula 1.

Sebagai kesinambungannya, realme akan turut memperkenalkan GT8 Pro Aston Martin F1 Limited Edition pada 10 November di China. Peranti edisi khas ini direka khas untuk peminat dengan mengabungan kuasa, gaya dan juga kemewahan.

realme GT 8 edisi terhad ini hadir dengan rekaan yang diinspirasikan dari pasukan Formula 1 Aston Martin, lengkap dengan warna ikonik Hijau Aston Martin bersama logo Aston Martin berwarna perak pada panel belakang.

Bukan sekadar kemasan luaran, realme turut membawakan sentuhan eksklusif pada antara muka yang bertemakan F1 merangkumi boot animation, wallpaper, charging animation, watermark eksklusif pada kamera dan mod GT dengan tema perlumbaan.

realme GT 8 Pro telahpun disahkan tiba ke pasaran global pada bulan ini namun tarikh ketibaannya masih menjadi rahsia.