HONOR Malaysia secara rasmi mengesahkan ketibaan peranti andalan mereka Magic8 Pro ke pasaran tempatan. Maklumat tersebut dikongsi melalui laman web dan media sosial rasmi HONOR Malaysia.

Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan rekaan modul kamera untuk Magic8 Pro, kekal menggunakan rekaan jenis bulat namun menggunakan kemasan warna emas yang lebih menyerlah. Selain itu, terdapat perkataan ‘Master-Grade Imaging Flagship’ yang mengambarkan peranti ini menawarkan kemampuan kamera yang lebih baik.
Peranti ini telahpun dilancarkan lebih awal di China, hadir dengan skrin OLED LTPO bersaiz 6.71-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, tiga kamera belakang, bateri 7200mAh dan menyokong pengecasan 100W.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah spesifikasi sama yang akan digunakan untuk pasran tempatan atau sebaliknya. Buat masa ini, HONOR Malaysia belum lagi berkongsi maklumat mengenai tarikh pelancaran peranti ini.