Shopee menaikkan yuran komisen bagi penjual yang tidak menyertai program ‘Cashback’, berkuat kuasa bermula 1 November 2025.


Melalui laman Shopee Seller, perubahan tersebut hanya terpakai untuk penjual yang menjual melaui Shopee Mall dan Marketplace yang tidak menyertai program Cashback. Perubahan ini melibat beberapa kategori seperti fesyen, barangan FMCG, elektronik dan gaya hidup.
Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak terpakai pada penjual yang menyertai program Cashback, kekal dengan kadar komisen sedia ada.
Buat yang tidak mengetahui, program cashback adalah inisiatif Shopee untuk membantu penjual meningkatkan jualan melalui ganjaran Coins Cashback dan baucar Instant Rebate.