Close

Apple lepaskan kemas kini iOS 26.1 – Tawar beberapa fungsi baru menarik

Apple melepaskan kemas kini iOS 26.1 untuk semua pengguna dan ia merupakan kemas kini besar pertama untuk iOS 26 selepas diperkenalkan pada September lalu.

iOS 26.1 hadir dengan beberapa perubahan menarik bagi meningkatkan pengalaman pengguna, prestasi dan juga keselamatan. Antara ciri yang dibawakan seperti Liquid Glass Toggle, membolehkan pengguna mengawal tahap opacity kesan liquid glass pada antara muka dan skrin kunci. Pengguna kini mempunyai pilihan iaitu Clear atau Tinted.

Antara muka Alarm turut ditambah baik dengan menggantikan ‘Tap to Stop’ kepada ‘Slide to Stop’ bagi mengelakkan pengguna tertekan butang yang salah. Apple juga menambah tetapan yang membolehkan pengguna mematikan akses pantas ke kamera dari skrin kunci.

Apple Intelligence dan fungsi live translation with AirPods kini menyokong lebih banyak bahasa seperti bahasa jepun, cina, korea dan itali. Apple Music MiniPlayer turut ditambah baik dengan menyokong tatalan untuk muzik seterusnya dan kualiti audio untuk Facetime juga dipertingkat untuk situasi rangkaian yang memuaskan.

Bagi pengguna yang ingin mengemaskini ke iOS 26.1 pastikan sambungan Wi-Fi dalam keadaan stabil. Untuk mengemaskini, pergi ke bahagian Settings > General > Software Update.

ARTIKEL BERKAITAN