Close

Siri OPPO Reno 15 akan diperkenalkan pada 17 November ini

OPPO secara rasmi mengesahkan ketibaan siri Reno 11 di China pada 17 November ini. Melalui acara ini, OPPO dijangka akan memperkenalkan Reno 15, Reno 15 Pro dan satu model baru iaitu Reno 15 mini.

Walaupun peranti tersebut belum dilancarkan, namun laman rasmi OPPO China telahpun membuka pra-tempahan untuk model utama iaitu Reno 15 dan Reno 15 Pro, sekali gus mendedahkan imej rasmi, warna dan konfigurasi memori setiap varian.

Reno 15 dan Reno 15 Pro, ditawarkan dengan konfigurasi memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Kedua-dua model turut hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Starlight Bow, Aurora Blue dan Canele Brown untuk Reno 15, Starlight Bow, Honey Gold dan Canele Brown untuk Reno 15 Pro.

Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi dalaman yang dikongsi. Namun begitu, menurut maklumat, Reno 15 dan Reno 15 Pro akan dilengkapi dengan cip Dimensity 8400, skrin AMOLED, kamera 200MP dan menyokong penarafan IP68/IP69.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN