realme Malaysia bakal memperkenalkan peranti andalan baru mereka GT 8 Pro pada 24 November ini. Model ini hadir dengan pelbagai peningkatan menarik termasuk kamera yang berkerjasama dengan RICOH GR.

realme GT 8 Pro hadir dengan rekaan serba baru dengan modul kamera yang boleh diubah suai. Dikuasakan dengan cip Snapdrgon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan kamera 200MP. Paling menarik adalah kerjasama dengan RICOH, membawakan pengalaman kamera siri Ricoh GR dengan antara muka khas, filter tersuai dan tona imej.

Seiring dengan ketibaanya, realme telah membuka pra-tempahan bermula 12 hingga 28 November 2025 dengan deposit RM50 sahaja. Pembeli terawal akan menerima hadiah percuma bernilai RM1197 yang berupa rebat RM200, realme Watch 5, Detachable Camera Deco Set (edisi standard), Buds Clip PWP dan jaminan tambahan satu tahun.

Buat masa ini, hanya harga jualan rasmi sahaja yang belum didedahkan. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.