Close

Apple perkenal aksesori baru – iPhone Pocket

Apple memperkenalkan aksesori baru yang dipanggil sebagai iPhone Pocket. Aksesori ini dihasilkan dengan kerjasama jenama Jepun terkenal iaitu Issey Miyake.

iPhone Pocket direka dengan konsep “a piece of cloth” yang merupakan sarung fabrik 3D-knitted yang boleh memuatkan semua model iPhone serti aksesori kecil Apple seperti AirPods. Aksesori ini direka sepenuhnya di Jepun dengan menggunakan proses jahitan 3D tanpa sambungan, boleh mengembangkan untuk memuatkan pelbagai barangan dalam masa yang sama mengekalkan bentuk yang elegan.

iPhone Pocket boleh digayakan dalam pelbagai cara seperti dipegang, diikat pada beg atau dipakai dengan cara silang badan. Aksesori ini ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu tali pendek dan tali panjang.

Untuk tali pendek terdapat lapan pilihan warna iaitu lemon, mandarin, purple, pink, peacock, sapphire, cinnamon dan black. Manakala untuk tali panjang ia hanya ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu sapphire, cinnamon dan black.

iPhone Pocket dijual pada harga bermula sekitar $149.95 (RM620) untuk tali pendek dan $229.95 (RM950) untuk tali panjang. Aksesori ini hanya tersedia di kedai Apple terpilih seperti di Perancis, China, Itali, Jepun, Singapura, Korea Selatan, UK dan Amerika Syarikat. Selain itu, ia turut boleh dibeli di laman rasmi apple.com.

ARTIKEL BERKAITAN