Close

Rekaan Samsung Galaxy S26+ tertiris

Rekaan yang didakwa sebagai Samsung Galaxy S26+ telahpun tertiris. Sekali gus, memberikan gambaran awal mengenai fon tersebut.

Melalui rekaan yang dikongsi, memperlihatkan Galaxy S26+ hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza berbanding generasi sebelumnya. Perubahan paling ketara adalah pada bahagian modul kamera, menggunakan rekaan modul kamera yang sama seperti Galaxy Z Fold7. Masih mengekalkan tetapan tri-kamera belakang.

Untuk bahagian hadapan, tiada perubahan ketara namun menggunakan bingkai skrin yang lebih nipis. Dari segi spesifikasi, Galaxy S26+ mungkin hadir dengan skrin 6.7-inci LTPO AMOLED, bateri 4900mAh dan akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 atau Exynos 2600 bergantung kepada pasaran.

Buat masa ini, Samsung belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai siri Galaxy S26. Berikutan itu, mungkin terdapat perubahan menjelang pelancaran yang dijangka berlaku awal tahun 2026.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN