Ketibaan iPhone Air 2 mungkin ditangguhkan selepas permintaan model semasa tidak mencapai permintaan yang ditetapkan oleh Apple.
Menurut laporan, Apple telah menangguhkan pembangunan iPhone Air 2 untuk sesuatu tempoh yang tidak ditetapkan. Penangguhan tersebut disebabkan oleh permintaan iPhone Air tidak mencapai jangkaan syarikat. Bukan itu sahaja, laporan turut mendedahkan Apple dijangka akan menamatkan pemasangan iPhone Air sepenuh pada penghujung November ini.
Untuk tahun 2026, Apple hanya akan memperkenal iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan fon lipat pertama iaitu iPhone fold. Untuk model asas iaitu iPhone 18 dan iPhone 18e akan diperkenalkan pada sekitar Mac 2027.

Terdapat kemungkinan iPhone Air 2 akan turut diperkenalkan bersama dengan iPhone 18 dan iPhone 18e pada 2027. Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan iPhone Air 2 akan hadir dengan rekaan yang lebih ringan, bateri lebih besar, menyokong sistem penyejukkan dan dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang.