Close

Samsung Galaxy Z TriFold dijangka hadir dengan kamera 200MP

Samsung dikatakan sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan telefon tril-lipat mereka tidak lama lagi.

Telefon tri-lipat pertama dari Samsung dijangka akan menggunakan nama Galaxy Z TriFold dan akan diperkenalkan seawal bulan depan. Terdapat laporan mendedahkan, Galaxy Z TriFold mungkin dilengkapi dengan kamera 200MP, bateri 5437mAh dan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.

Makluamt lain yang dikongsi, Galaxy Z TriFold akan hadir dengan skrin luar bersaiz 6.5-inci dengan kecerahan puncak 2600 nits dan skrin dalaman bersaiz 10-inci dengan kecerahan puncak 1600 nits. Ketebalan peranti ini dikatakan berbeza mengikut kepada bukaan dengan ketebalan keseluruhan sekitar 14mm.

Galaxy Z TriFold berkemungkinan akan diperkenalkan pada 5 Disember ini, namun belum ada sebarang pengesahan rasmi yang dikongsi oleh Samsung.

ARTIKEL BERKAITAN