Xiaomi mungkin akan mengubah strategi pelancaran model paling premium mereka pada penghujung tahun ini.
Menurut laporan, Xiaomi 17 Ultra mungkin akan diperkenalkan sekitar Disember di China. Berbeza dengan model sebelum ini yang tiba sekitar Februari tahun lalu. Ketibaan siri Xiaomi 17 yang lebih awal pada tahun ini mungkin menyebabkan model Ultra akan dilancarkan lebih awal dari kebiasaan.
Sekiranya laporan ini tepat, Xiaomi 17 Ultra akan menjadi model Ultra pertama yang diperkenalkan paling awal dalam sejarah siri tersebut. Namun begitu, pelancaran global mungkin akan mengikut kepada pelancaran model sebelumnya.

Xiaomi 17 Ultra dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, kamera telefoto 200MP dengan ciri baru dan menyokong pengecasan 100W berwayar.