Sony berjaya meraih satu lagi pencapaian besar selepas mengumumkan PlayStation 5 (PS5) telah terjual sebanyak 84.2 juta unit sejak ia diperkenalkan pada November 2020.

Maklumat tersebut didedahkan melalui laporan kewangan syarikat tersebut untuk tempoh separuh pertama tahun 2025. Sony menyatakan mereka berjaya menjual 3.9 juta unit PS5 untuk suku kewangan yang berakhir 30 September 2025, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 84.2 juta unit.

Dengan jumlah jualan terkini, PS5 kini hanya kurang 2 juta unit di belakang PS4 yang terjual sebanyak 86 juta unit sepanjang pengeluarannya. PS5 yang tiba pada 2020 menghadapi cabaran kekurangan komponen dan kini konsol tersebut berada di landasan yang tepat untuk mengatasi jualan PS4.