OnePlus Malaysia secara rasmi membawakan peranti andalan baru mereka iaitu OnePlus 15, tampil dengan rekaan serba baru dengan spesifikasi yang lebih berkuasa.

OnePlus 15 tidak lagi menggunakan rekaan modul kamera jenis bulat sebaliknya menggunakan modul kamera berbentuk segi empat dengan bucu bulat. Menggunakan skrin jenis rata bersaiz 6.78-inci AMOLED BOE X3 dengan paparan 165Hz.

Rekaan bezel kini lebih nipis dengan 1.15mm untuk menjadikan ia nampak lebih kompak dan simetri. Panel skrin ini turut menyokong kadar kecerahan minima pada 1 nits untuk keselasaan penggunaan malam.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang digabungan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 32MP. OnePlus 15 tidak lagi menggunakan penjenamaan Hasselblad untuk kamera.

Peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar 7300mAh yang menyokong pengecasan 120W SuperVOOC berwayar dan 50W tanpa wayar. Terdapat butang tambahan iaitu Plus Key, boleh digunakan untuk pintasan aplikasi dan ciri yang boleh ditetapkan oleh pengguna.
Spesifikasi lain, ia hadir dengan penarafan IP69K, Bluetooth 6.0. WiFi 7, NFC dan menjalankan sistem operasi OxygenOS 16 berdasarkan Android 16.

OnePlus 15 dijual pada harga RM4399 dengan satu pilihan varian sahaja 16GB + 512GB. Ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Infinite Black, Ultra Violet dan Sand Storm. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di laman rasmi OPPO Malaysia. Pembeli terawal akan menerima hadiah percuma bernilai RM369.