Pereka industri dan individu penting dalam pembangunan iPhone Air iaitu Abidur Chowdhury, dilaporkan telah meninggalkan Apple untuk menyertai sebuah syarikat pemula kecerdasan buatan (AI).

Pemergian Cowdhury menambah lagi kehilangan dalam divisyen reka bentuk Apple yang kini dalam proses penstrukturan semula dalam skala besar. Cowdhury dikatakan sebagai bakat paling menonjol dalam pasukan reka bentuk Apple.

Walaupun penjualan iPhone Air mencatatkan jualan yang tidak memberangsangkan, namun pemergian beliau tiada kaitan dengan prestasi jualan model tersebut. iPhone Air diperkenalkan sebagai pengganti model Plus memfokuskan kepada rekaan yang lebih nipis dan juga ringan.
Sebagai rekod, Cowdhury mendapat kelulusan dari Loughborough University dalam bidang Product Design & Technology. Mula menyertai Apple pada Januari 2019 dan terlibat dalam pelbagai produk inovatif Apple, termasuk iPhone Air.