Perkongsian fail antara Android dan iPhone kini lebih mudah selepas Google mengumumkan ciri rentas platform melalui Quick Share untuk Android dan AirDrop untuk peranti Apple.
Sharing moments shouldn’t depend on the phone you have. Starting today with the Pixel 10 family, Quick Share now works with AirDrop, making secure file transfers between Android phones and iPhones more seamless. This builds on our commitment to cross-OS compatibility to bridge… pic.twitter.com/iNdZfjCYQ7
— Android (@Android) November 20, 2025
Ciri rentas platform ini membolehkan pengguna memindahkan fail antara kedua-dua platform secara terus tanpa memerlukan sebarang aplikasi pihak ketiga. Namun begitu, ciri ini hanya menyokong pada siri Google Pixel 10 buat masa ini.

Menurut Google, ciri ini dibina dengan pelbagai lapisan keselamatan yang tinggi bagi melindungi data pengguna. Selain itu, Google merancang untuk menambah baik ciri ini dan akan menyokong lebih banyak peranti Android dalam masa terdekat.