Close

Nothing OS 4.0 kini tersedia untuk Nothing Phone (3)

Sistem operasi terbaru iaitu Nothing OS 4.0 tersedia pengguna Nothing Phone (3). Sistem operasi ini dibina berasaskan Android 16 dan hadir dengan pelbagai peningkatan menarik.

Nothing OS 4.0 masih mengekalkan identiti yang sama namun dengan pelbagai penambahbaikan dari segi antara muka, prestasi dan juga pengalaman penggunaan. Sistem operasi ini tampil dengan antara muka yang lebih minimalis dan ringkas. Perubahan paling ketara adalah pada Quick Settings yang dilihat lebih kemas dengan beberapa butang kini lebih besar untuk akses pantas.

Ciri dark mode juga ditambah baik dengan kontras kini lebih jelas menjadikan nampak lebih moden dan selesa untuk mata. Kawalan untuk kecerahan untuk skrin kini lebih responsif dan terdapat lebih banyak pilihan untuk ciri Always-on Display (AOD).

Nothing OS 4.0 turut diintergrasikan dengan app optimization baru dan juga kemampuan multitasking yang lebih pantas dan responsif. Selain itu, terdapat beberapa ciri baru yang dibawakan seperti kawalan Flip to Glyph yang lebih baik, Pocket Mode yang dipertingkatkan serta Glyph Toys baru.

Selain Nothing Phone (3), Nothing OS 4.0 akan turut tersedia pada model Nothing Phone terdahulu dan beberapa peranti CMF. Malangnya, model pertama Nothing iaitu Phone (1) tidak akan menerima kemas kini ini.

ARTIKEL BERKAITAN