HONOR secara rasmi memperkenalkan dua model baru untuk pasaran China iaitu HONOR 500 dan 500 Pro. Tampil dengan rekaan serba baru dan dilengkapi dengan spesifikasi yang lebih menarik.
HONOR 500 dan 500 Pro tampil dengan rekaan baru yang mirip seperti iPhone 17 Air atau Google Pixel 10. Untuk HONOR 500, hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.55-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 6000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 12MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan teknologi bateri SiC 8000mAh yang menyokong pengecasan 80W. Menjalankan sistem operasi Magic OS 10 yang berasaskan kepada Android 16.
Manakala untuk HONOR 500 Pro, ia turut hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.55-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 6000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 12MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 50MP. Turut dimuatkan dengan teknologi bateri SiC 8000mAh yang menyokong pengecasan 80W berwayar dan 50W tanpa wayar. Menjalankan sistem operasi Magic OS 10 yang berasaskan Android 16.

Di China, HONOR 500 dan 500 Pro ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Aquamarine, Starlight Powder, Moonlight Silver dan Obsidian Black. Untuk harga jualan, HONOR 500 dijual pada harga bermula sekitar CNY2699 (RM1570) manakala untuk HONOR 500 Pro pula adalah CNY3599 (RM2095).