Close

iQOO 15 akan tiba di Malaysia pada 9 Disember ini

iQOO Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran untuk iQOO 15 pada 9 Disember 2025. Sebelum ini, iQOO Malaysia mengesahkan peranti tersebut akan tiba ke pasaran tempatan tanpa mendedahkan tarikh pelancarannya.

iQOO 15 telahpun diperkenalkan lebih awal di China dan tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan menggunakan spesifikasi yang sama atau sebaliknya. Di China, iQOO 15 hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.85-inci menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 2600 nits.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM LPDD5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX921 + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto Periskop dengan 3x zum optik dan swafoto 32MP.

Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan 40W tanpa wayar. Buat masa ini, hanya harga jualan yang masih menjadi rahsia dan seperti biasa maklumat tersebut hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN