Close

Xbox Crocs edisi terhad diperkenalkan – Sambut ulang tahun ke-20 Xbox 360

Xbox dan Crocs bekerjasama untuk menghasilkan koleksi eksklusif iaitu Xbox Classic Clogs sempena menyambut ulang tahun ke-20 Xbox 360.

Xbox Crocs ini hadir dengan rekaan seperti alat kawalan Xbox 360 yang lengkap dengan butang, tombol kiri dan kanan, bumper di bahagian sisi dan juga logo Xbox. Selain itu, terdapat tulisan Player Left dan Player Right pada bahagian dalaman kasut tersebut.

Melengkapkannya, terdapat logo Xbox pada bahagian tali belakang. Berbeza dengan kebanyakkan Crocs, model edisi terhad ini tidak mempunyai lubang pada bahagian depan untuk charms sebaliknya diletakkan pada bahagian tali belakang.

Xbox Classic Clog hanya ditawarkan dalam warna hitam dan akan mula dijual bermula 25 November dengan harga sekitar $80 (RM330). Tidak ketingalan, Crocs turut menawarkan pek lima Charms Jibbitz dengan harga $20 (RM82), karakter dan ikon daripada beberapa permainan popular.

ARTIKEL BERKAITAN