Close

Apple membuang sejumlah pekerja di bahagian jualan

Apple dilaporkan telah membuang sejumlah pekerja di bahagian jualan sebagai usaha untuk memperkukuh strategi hubungan dengan pelanggan.

Menurut maklumat, pekerja yang terjejas adalah bahagian jualan yang memfokuskan kepada perniagaan, perusahaan dan juga agensi kerajaan. Selain itu, pekerja yang mengendalikan taklimat Apple untuk pelanggan perniagaan dan perusahaan turut terjejas.

Malangnya, tiada maklumat mengenai jumlah pekerja yang diberhentikan. Apple bukan satu-satunya syarikat yang mengambil langkah pengurangan pekerja. Syarikat lain seperti IBM, Synopsys dan Verizon turut melakukan perkara yang sama.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN