Close

Siri HUAWEI Mate 80 turut diperkenalkan dengan cip baru dan kecerahan puncak 8000 nits

Selain Mate X7, HUAWEI turut memperkenalkan siri Mate 80 dengan empat pilihan model iaitu Mate 80, Mate 80 Pro dan Mate 80 Pro Max.

Siri Mate 80 hadir dengan pelbagai peningkatan menarik merangkumi rekaan dan juga spesifikasi. Mate 80 dan Mate 80 Pro berkongsi spesifikasi skrin yang sama iaitu LTPO OLED bersaiz 6.75-inci dengan resolusi FHD+. Menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak sehingga 8000 nits dan dilindungi dengan Kunlun Glass generasi kedua.

Mate 80 dikuasakan dengan cip Kirin 9020 dan menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP apertur boleh ubah f/1.4–f/4.0 + 40MP Ultra Lebar + 12MP Telefoto dan swafoto 13MP.

Untuk Mate 80 Pro pula, ia dikuasakan dengan cip Kirin 9030 dan turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP apertur boleh ubah F/1.4–F/4.0 + 40MP Ultra Lebar + 48MP Telefoto dan swafoto 13MP.

Mate 80 dan Mate 80 Pro dimuatkan dengan kapasiti bateri yang sama 5750mAh namun dibezakan dengan teknologi pengecasan. Untuk Mate 80 ia menyokong pengecasan 66W berwayar dan 50W tanpa wayar sementara untuk Mate 80 Pro pula menyokong 100W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Untuk Mate 80 Pro Max, ia hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.9-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 8000 nits dan dilindungi dengan Kunlun Glass generasi kedua. Dikuasakan dengan cip Kirin 9030 Pro yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Dilengkapi dengan sistem tri-kamera belakang dengan sensor kamera utama 50MP apertur boleh ubah F/1.4–/F4.0 + 40MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 13MP. Dimuatkan dengan bateri berkapasiti 6000mAh dengan pengecasan pantas 100W berwayar dan 80W tanpa wayar.

Di China, siri Mate 80 dijual pada harga bermula sekitar CNY4699 (RM2740) dan mencecah sehingga CNY8999 (RM5248).

ARTIKEL BERKAITAN