Close

POCO F8 Pro dan F8 Ultra tiba di Malaysia dengan harga bermula RM2499

POCO secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru iaitu F8 Pro dan F8 Ultra. Tampil dengan pakej yang menarik dengan spesifikasi dan juga sistem audio yang lebih baik.

POCO F8 Ultra hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.9-inci yang turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 3500 nits dan dilindungi dengan POCO Shield Glass. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1.

Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dengan 5x zum optik dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar, 50W tanpa wayar dan 22.5W tanpa wayar berbalik.

Perkara menarik mengenai peranti adalah ia hadir dengan sistem audio Bose yang diletakkan di bahagian modul kamera. POCO F8 Ultra menjadi fon pertama yang dilengkapi dengan sistem audio 2.1 channel dengan subwoofer Bose terbina.

Spesifikasi lain yang turut tersedia penarafan IP68, pengimbas cap jari ultrasonik 3D, tiga pembesar suara, NFC dan menjalankan HyperOS 3 berasaskan Android 16.

Manakala untuk POCO F8 Pro, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci yang menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 3500 nits dan dilindungi dengan POCO Shield Glass. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1.

Turut dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 8MP dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6210mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 22.5W tanpa wayar berbalik.

Tidak seperti POCO F8 Ultra yang mempunyai subwoofer Bose secara terbina, POCO F8 Pro hanya menggunakan sistem audio yang sama tanpa subwoofer. Spesifikasi lain yang turut tersedia penarafan IP68, pengimbas cap jari ultrasonik 3D, tiga pembesar suara, NFC dan menjalankan HyperOS 3 berasaskan Android 16.

Di Malaysia, POCO F8 Pro dijual pada harga bermula RM2499 (12GB + 256) dan RM2699 (12GB + 512GB). Manakala untuk POCO F8 Ultra ia dijual pada harga bermula RM3199 (12GB + 256GB) dan RM3599 (16GB + 512GB).

Bersempena dengan ketibaannya, peranti ini ditawarkan dengan harga diskaun untuk kedua-dua model. POCO F8 Pro akan dijual pada harga RM2199 (12GB + 256GB) dan RM2299 (12GB + 512GB). Sementara untuk POCO F8 Ultra ia dijual pada harga RM2799 (12GB + 256GB) dan RM3199 (16GB + 512GB).

ARTIKEL BERKAITAN