Seiring dengan ketibaan siri F8 ke pasaran tempatan, POCO turut memperkenalkan tablet pertama mereka iaitu Pad X1 dan Pad M1.

Untuk POCO Pad X1, ia hadir dengan skrin bersaiz 11.2-inci yang menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7+ Gen 3 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan 512GB.

Menggunakan kamera tunggal dengan sensor 8MP untuk swafoto dan 13MP untuk kamera belakang. Dimuatkan dengan bateri 8850mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain, peranti ini menyokong empat pembesar suara Dolby Atmos, WiFi 6E dan menjalankan sistem operasi HyperOS 3.

Manakala untuk POCO Pad M1, ia tampil dengan skrin lebih besar 12.1-inci dengan resolusi 2.5K dan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 4 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan 512GB.

Turut menggunakan kamera tunggal dengan sensor 8MP untuk swafoto dan 8MP untuk kamera belakang. Dimuatkan dengan bateri 12,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain, peranti ini menyokong empat pembesar suara Dolby Atmos, WiFi 6 dan menjalankan sistem operasi HyperOS 3.
Di Malaysia, POCO Pad X1 dijual pada harga bermula RM1499 manakala untuk POCO Pad M1 pula dijual pada harga bermula RM1199. Seiring dengan ketibaannya, peranti ini dijual pada harga RM1299 untuk Pad X1 dan RM999 untuk Pad M1.