Perodua telahpun memperkenalkan EV pertama mereka yang dipanggil sebagai QV-E. EV pertama ini dibina sepenuhnya oleh Perodua dengan menggunakan platform Magna Styer.

Menarik mengenai Perodua QV-E adalah ia ditawarkan pada RM80K dengan konsep Battery as a Service (BaaS). Bermaksud, pengguna hanya membeli badan kereta sahaja manakala bateri ditawarkan dalam bentuk sewaan.
Melalui BaaS, pengguna perlu membayar sekitar RM275 untuk sewaan bateri yang akan dibayar bersama dengan ansuranan bulanan kereta. Selain itu, Perodua menawarkan penukaran bateri secara percuma sekiranya kesihatan bateri menurun kepada 70% dalam tempoh tertentu.
Menurut Perodua, konsep BaaS ini bertujuan untuk mengatasi kebimbangan utama pembeli EV dari sudut kos penggantian bateri, susut nilai EV dan juga pelupusan bateri.