Samsung secara rasmi memperkenalkan fon tri-lipat pertama mereka yang dikenali sebagai Galaxy Z TriFold.

Galaxy Z TriFold menggunakan mekanisme dwi-engsel dari titanium sekali gus, membolehkan skrin utama dilipat ke dalam pada kedua-dua sisi. Skrin peranti ini boleh dilipat sehingga tiga kali, menggunakan skrin utama bersaiz 10-inci Dynamic AMOLED 2X dengan paparan 120Hz dan skrin luar bersaiz 6.5-inci Dynamic AMOLED 2X dengan paparan LTPO 120Hz.

Galaxy Z TriFold hanya setebal 3.9 mm apabila dibuka sepenuhnya dengan berat 309 gram sahaja. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 12MP Ultra Lebar + 10MP Telefoto dan dua kamera swafoto 10MP yang diletakkan pada skrin utama dan skrin luar. Dimuatkan dengan bateri 5600mAh yang menyokong pengecasan 45W.
Galaxy Z TriFold menggunakan rangka dari Advanced Armor Aluminium dan menyokong penarafan IP48. Spesifikasi lain, ia hadir dengan pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalan One UI 8 yang berasaskan Android 16.

Peranti ini akan mula dijual bermula 12 Disember di Korea Selatan terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke beberapa pasaran lain seperti AS, China, Taiwan, Singapura dan juga UAE. Malangnya, harga jualan untuk peranti ini masih belum didedahkan oleh Samsung.