Bermula Januari 2026, Singapura akan mengharamkan penggunaan fon dan jam pintar sepanjang waktu sekolah untuk pelajar sekolah menengah.
Pengharaman ini merangkumi waktu rehat, aktiviti kokurikulum (CCA) dan juga kelas tambahan. Sebelum ini, pengharaman atau larangan tersebut hanya terpakai semasa waktu pembelajaran sahaja. Jam tangan pintar turut tidak dibenarkan kerana kebolehan peranti tersebut untuk mengakses aplikasi, mesej dan media sosial.

Rasional larangan tersebut adalah untuk mengurangkan gangguan digital, mengalakkan interaksi sosial bersemuka dan membantu pelajar membentuk tabiat digital yang sihat.
Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian untuk pelajar menggunakan fon atas sebab tertentu dengan kebenaran sekolah.