Instagram bakal melakukan perubahan pada penggunaan hashtag pada setiap hantaran atau post yang dilakukan oleh pengguna.
Menurut laporan, Instagram dikatakan sedang mengujii peraturan baru yang akan mengehadkan penggunaan hastag kepada maksimum tiga bagi setiap hantaran. Terdapat beberapa pengguna menerima notis apabila cuba menambah lebih daripada tiga hashtag pada hantaran.

Namun begitu, perubahan ini belum lagi diumumkan secara rasmi dan notis tersebut hanya dipaparkan kepada beberapa pengguna sahaja. Perubahan ini dijangka akan mengubah cara pengguna memanfaatkan hastag dalam setiap kandungan dan hantaran.
Jika sebelum ini, terdapat pengguna menggunakan hashtag panjang untuk meningkatkan capaian kandungan mereka, namun peraturan baru ini akan menamatkan perkara tersebut.
Buat masa ini, Instagram belum lagi mengeluarkan sebarang maklumat mengenai peraturan tersebut. Perubahan ini mungkin bertujuan untuk mengurangkan penyalahgunaan hashtag serta menjadikan sistem carian lebih relevan.