Seperti yang kita tahu, Perodua telahpun memperkenalkan EV pertama mereka yang dikenali sebagai QV-E. Hadir dengan satu pilihan varian dengan bateri 52.5 kWh yang mampu bergerak sehingga 378 km (WLTP).

Menarik mengenai Perodua QV-E adalah, ia dijual pada harga RM80K dengan konsep Battery as a Service (BaaS). Untuk sewaan bateri, ia ditawarkan pada harga RM275 sebulan untuk tempoh 9 sehingga tahun.

Namun, apa yang menjadi persoalan apakah yang akan berlaku sekiranya pengguna gagal untuk membayar sewa bateri. Melalui dokumen Perodua QV-E Battery Leasing Plan, menyatakan pengguna akan menerima notis peringatan dan tuntutan jaminan bateri akan digantung selagi bayaran tidak diselesaikan.

Seterusnya, kereta tidak boleh digunakan atau dihidupkan sekiranya bayaran tertunggak melebihi dua bulan. Akhir sekali dan paling kritikal, kontrak sewa bateri akan dibatalkan selepas tiga bulan bayaran tertunggak.

Menurut Perodua, konsep BaaS ini bertujuan untuk mengatasi kebimbangan utama pembeli EV dari sudut kos penggantian bateri, susut nilai EV dan juga pelupusan bateri.