Sony memperkenalkan DualSense Wireless Controller edisi terhad Genshin Impact bersempena dengan kemas kini Genshin Impact Version Luna III di PlayStation 5 (PS5).


DualSense edisi terhad ini hadir dengan kemasan warna emas dan hijau yang diinspirasikan dari Genshin Impact. Terdapat juga emblem Traveler Twins (Aether & Lumine) pada bahagian touchpad dan menggunakan warna putih sebagai warna asas.
Tiada sebarang perubahan pada ciri teknikal bermaksud perbezaan hanya pada rekaan dan juga kemasan yang digunakan. DualSense edisi terhad ini dijual pada harga RM419 dan boleh dipra-tempah bermula 11 Disember 2025. Jualan rasmi dan pertama untuk DualSense edisi terhad ini adalah pada 21 Januari 2026.