nubia Fold akhirnya diperkenalkan secara rasmi selepas beberapa siri laporan mengenai peranti tersebut didedahkan. Merupakan fon lipat pertama nubia yang menggunakan rekaan book-style.

nubia Fold hanya setebal 11.1mm apabila dilipat sepenuhnya dengan berat sekitar 249 gram sahaja. Menggunakan skrin luar bersaiz 6.5-inci dengan paparan 120Hz dan skrin dalam bersaiz 8-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 5MP Makro. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 20MP yang diletakkan pada skrin luar dan skrin dalam. Dimuatkan dengan bateri 6560mAh yang menyokong pengecasan pantas 55W.

Spesifikasi lain yang turut hadir seperti penarafan IP54, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasi berasaskan Android 15.

Di Jepun, nubia Fold dijual pada harga JPY 178,560 (RM4734) dan ditawarkan dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Hitam. nubia Fold akan mula dijual 4 Disember ini dan dijangka akan turut tiba ke pasaran global tidak lama lagi.