Close

Netflix secara senyap tamatkan fungsi ‘Google Cast’

Perkhidmatan penstriman video popluar iaitu Netflix secara senyap menamatkan sokongan fungsi ‘Google Cast’ pada peranti penstriman termasuk Smart TV, Android TV dan TV Box.

Walau bagaimanapun, sokongan fungsi google cast masih lagi boleh digunakan pada peranti penstriman lama tanpa remote. Manakala, untuk peranti penstriman dengan remote tidak lagi menyokong fungsi tersebut.

Menurut Netflix, langkah tersebut diambil untuk meningkatkan pengalaman pengguna, namun tiada penjelasan terperinci yang diberikan. Perubahan ini terpakai pada semua pengguna tidak mengira pelan langganan.

ARTIKEL BERKAITAN