Close

Xiaomi 17 Ultra akan tiba pada 25 Disember ini

Xiaomi secara rasmi mengesahkan ketibaan model paling premium dalam siri Xiaomi 17 iaitu Ultra, sekaligus menamatkan spekulasi mengenai peranti tersebut.

Xiaomi 17 Ultra bakal diperkenalkan pada 25 Disember ini di China, bakal hadir dengan peningkatan ketara pada bahagian kamera. Menggunakan sistem optik generasi baru bersama dengan sensor telefoto yang menerima pensijilan Leica APO, menjadikan ia fon pertama yang menerima pensijilan tersebut.

Peningkatan ini menawarkan ketajaman imej yang lebih baik dalam masa yang mampu mengekalkan warna yang konsisten dan semula jadi. Bukan itu sahaja, sistem optik baru ini turut memberikan peningkatan ketara fotografi pada cahaya rendah.

ARTIKEL BERKAITAN