Close

Samsung umum cip Exynos 2600 – Cip fon pertama guna binaan 2nm

Samsung secara rasmi mengumumkan cip terbaru mereka iaitu Exynos 2600. Merupakan cip fon pertama yang menggunakan teknologi binaan 2nm.

Cip ini dihasilkan menggunakan teknologi Samsung Foundry 2nm GAA (Gate-All-Around) dan akan digunakan pada peranti andalan Samsung yang akan datang. Cip ini menggunakan konfigurasi 10 teras dengan seni bina Arm v9.3.

Dilengkapi dengan 1x teras C1 Ultra berkelajuan 3.8GHz + 3x teras prestasi C1 Pro berkelajuan 3.25GHz + 6x teras cekap kuasa C1 Pro berkelajuan 2.75GHz. Menurut Samsung, cip ini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 39% dan kecekapan tenaga lebih baik berbanding cip Exynos 2500.

Untuk grafik, cip ini dimuatkan dengan GPU Xclipse 960 yang menjanjikan peningkatan prestasi ray tracing sehingga 50% serta prestasi pengkomputeran dua kali ganda lebih baik berbanding generasi sebelumnnya. Cip ini turut menyokong teknologi Heat Path Block (HPB) yang direka untuk menyalurkan haba dengan lebih cekap.

Keupayaan kecerdasan buatan (AI) turut menerima peningkatan, menggunakan NPU generasi baru yang menawarkan peningkatan prestasi AI sehingga 113% dan menyokong pelbagai ciri AI secara terus dari peranti.

Untuk fotografi, cip ini menyokong kamera sehingga 320MP dan rakaman video sehingga 8K 30fps. Selain itu, cip ini turut menyokong teknologi memori LPDD5X, storan UFS 4.1, skrin dengan resolusi sehingga 4K dan paparan 120Hz.

ARTIKEL BERKAITAN