Close

realme C85 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM749

realme Malaysia memperkenalkan peranti baru ke pasaran tempatan melalui model realme C85. Hadir dengan spesifikasi menarik dan ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu 4G dan juga 5G.

Kedua-dua varian ini berkongsi spesifikasi yang hampir sama cuma dibezakan dengan cip pemprosesan. Untuk realme C85 4G, ia hadir dengan cip Snapdragon 685 sementara untuk realme C85 5G pula hadir dengan cip Dimensity 6300.

Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.8-inci HD+ dan menyokong paparan 144Hz. Menggunakan kamera tunggal 50MP di belakang dan kamera swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.

Kedua-dua peranti dilengkapi skrin LCD 6.8-inci HD+ dengan kadar segar semula 144Hz dan menyokong kecerahan puncak 1200 nits. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W, kamera utama 50MP dan kamera swafoto 8MP. Peranti ini turut hadir dengan teknologi ketahanan baru iaitu IP69 Pro yang merangkumi ketahanan IP69, IP68 dan IP66.

Untuk pasaran Malaysia, realme C85 5G dijual pada harga RM1099 (8GB + 256GB) manakala untuk realme C85 4G pula dijual pada harga RM749 (8GB + 256GB). Sempena ketibaanya, realme C85 5G ditawarkan pada harga promosi RM799. Bagi berminat, peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi realme Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN