OPPO Malaysia bakal memperkenalkan siri Reno15 ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Peranti ini dijadualkan tiba pada 6 Januari 2026.

Seiring dengan ketibaannya, OPPO Malaysia telah membuka pra-tempahan untuk siri OPPO Reno15. Pra-tempahan ini dibuka bermula dari 22 Disember 2025 hingga 5 Januari 2025. Setiap pra-tempahan akan menerima pelbagai hadiah menarik yang bernilai RM1157 iaitu OPPO crossbody lanyard, kabel type-C, 500 mata ganjaran dan rebat segera RM50.

Selain itu, pengguna turut boleh mendapatkan OPPO Watch S pada harga RM99 berbanding harga asal RM799. Bagi yang berminat, pra-tempah ini boleh dibuat dengan deposit sebanyak RM50. Siri Reno15 dijangka tiba dengan tiga pilihan model iaitu Reno15, Reno15 Pro dan Reno15F.