Samsung dilaporkan sedang membangunkan fon lipat baru dengan pendekatan berbeza dari siri Galaxy Z Fold, siri Z Flip atau TriFold.

Menurut maklumat, fon lipat baru dari Samsung bakal hadir dengan skrin yang lebih lebar dengan nisbah seperti tablet kompak. Peranti ini mungkin dikenali sebagai “Galaxy Wide Fold” menggunakan skrin dalam bersaiz 7.6-inci dengan nisbah 4:3. Nisbah skrin ini dikatakan lebih sesuai untuk produktiviti, membaca atau menjalankan lebih dari dua aplikasi serentak.
This is how the Apple iPhone Fold or the Samsung Galaxy Wide Fold looks in my hands
— Ice Universe (@UniverseIce) December 22, 2025
it features a 4:3 inner screen, comfortable! pic.twitter.com/jd9Vr1E9fT
Skrin luar untuk peranti ini dikatakan sekitar 5.4 inci, lebih kecil tetapi lebih lebar berbanding siri Galaxy Z Fold. Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi namun terdapat laporan menyatakan peranti ini akan menyokong pengecasan 25W.