Close

Apple bakal memulakan pengeluaran iPhone 18 seawal Januari 2026

Apple bakal memulakan ujian pengeluaran besar-besaran untuk siri iPhone 18 seawal Januari 2026.

Menurut laporan, Apple akan menguji pengeluaran untuk siri iPhone 18 secara berperingkat pada Januari 2026 sebelum fasa pengeluaran besar-besaran bermula sekitar Februari 2026. Tarikh pelancaran untnuk siri iPhone 18 dikatakan masih sama iaitu sekitar September setiap tahun.

Berbeza untuk kali ini, Apple dilihat memulakan pengeluaran lebih awal dari kebiasaan. Tiada maklumat mengenai perubahan tersebut, namun ia mungkin berkaitan dengan persediaan rantaian bekalan bagi mengoptimumkan hasil pengeluaran untuk mengelakkan masalah kekurangan bekalan.

Selain itu, pengeluaran untuk iPhone 18 Pro dikatakan telah tersedia. Namun, model tersebut tidak akan menerima perubahan rekaan yang ketara, merujuk kepada beberapa laporan lain.

ARTIKEL BERKAITAN