Close

Perancis bakal laksanakan larangan media sosial untuk kanak-kanak

Perancis mengikuti jejak langkah Australia mengubal undang-undang bagi larangan pengunaan media sosial untuk kanak-kanak di bawah usia 15 tahun. Sekali gus, menjadi Perancis negara terbaru yang akan melaksanakan undang-undang tersebut.

Rang undang-undang tersebut telahpun diluluskan oleh Perhimpunan Kebangsaan Perancis dan akan dibentangkan di Senat untuk kelulusan. Perundangan ini dikatakan langkah tepat dalam melindungi kanak-kanak secara dalam talian.

Presiden Perancis iaitu Emmanuel Macron, mengesa Senat mempercepatkan proses berkenaan sekali gus membolehkan larangan tersebut dikuatkuasakan untuk sesi awal persekolahan pada 1 September 2026.

Macron turut menyatakan, otak serta emosi anak-anak bukan untuk dijual kepada platform Amerika mahupun rangkaian China dan impian mereka tidak boleh ditentukan oleh algoritma.

Larangan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak dilihat jalan terbaik melindungi kanak-kanak dan remaja daripada risiko dieksploitasi, buli siber serta terdedah kepada kandungan tidak wajar dalam talian.

Australia menjadi negara pertama yang melaksanakan larangan tersebut. Beberapa negara lain seperti Malaysia turut mengambil pendekatan yang sama dengan larangan tersebut dijangka akan bermula Julai 2026.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN