Close

vivo Image Art Space & Concept Store dibuka di IOI Mall Putrajaya – Pertama di Asia Tenggara

vivo mengumumkan pembukaan vivo Image Art Space & Concept Store di IOI City Mall, Putrajaya. Sekaligus, menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang menawakan konsep stor seperti itu.

Berbeza dengan stor sedia ada vivo di Malaysia, konsep stor ini hadir dengan ruang inovatif yang menggabungkan seni dan teknologi. Bukan itu sahaja, ia turut menawarkan pengalaman membeli yang lebih baik dan menarik.

Konsep stor ini membolehkan pengunjung merasai teknologi dan inovasi yang ditawarkan oleh vivo pada peranti mereka. Sebagai contoh, siri X300 hadir dengan pakej lengkap dan spesifikasi yang berkuasa. Siri vivo X300 turut dimuatkan dengan sistem kamera dari Zeiss, memberikan pengalaman fotografi mudah alih yang lebih baik dan menarik.

Seiring dengan pembukaan konsep stor ini, vivo menawarkan pelbagai promosi dan aktiviti menarik untuk pembeli atau pengunjung. Sekiranya anda berminat untuk mengunjungi konsep stor ini, lokasi konsep stor ini berada di L2-208, Second Floor, IOI City Mall 2.

ARTIKEL BERKAITAN