Close

iPhone 17e mungkin tiba tak lama lagi

Model mampu milik dari Apple iaitu iPhone 17e dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Menurut laporan, Apple bakal memperkenalkan pengganti kepada iPhone 16e pada bulan ini. iPhone 17e dikatakan hadir dengan beberapa peningkatan yang lebih baik berbanding model sebelumnya. Peranti ini akan menyokong pengecasan MagSafe yang lebih pantas iaitu 25W.

Dikuasakan dengan cip Apple 19 yang dipadankan dengan modem Apple C1X serta cip N1 Wireless Network. Malangnya, iPhone 17e dikatakan menggunakan rekaan yang sama seperti iPhone 16e dan masih mengekalkan rekaan skrin bertakuk.

Selain iPhone 17e, Apple dijangka akan turut memperkenalkan iPad 12 yang akan dikuasakan dengan cip Apple A18.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN