Close

Kerajaan umum Diskaun tol 50% sempena Tahun Baru Cina – 13 dan 14 Februari 2026

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol 50% selama dua hari pada 13 dan 14 Februari 2026.

Diskaun tol 50% ini diberikan kepada semua kenderaan persendirian (kelas 1) di semua plaza tol kecuali di dua lokasi iaitu plaza tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Leburahraya Utara Selatan (PLUS) dan plaza tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Diskaun ini akan bermula pada jam 12.01am, 13 Februari 2026 dan berakhir pada jam 11.59pm, 14 Februari 2026. Lembaga Lebuh Raya (LLM) menjangkakan berlakukan peningkatan jumlah trafik di lebuh raya utama.

Seiring dengan itu, pengguna lebuh raya diharap dapat merancang perjalanan sebaik mungkin bagi mengelakkan kesesakkan.

ARTIKEL BERKAITAN