Apple telah menjadualkan acara khas untuk pelancaran peranti baru mereka pada 4 Mac 2026. Acara tersebut akan turut berlangsung di beberapa lokasi seperti New York, London dan Shanghai.

Pada acara ini, Apple dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baru seperti iPhone 17e, MacBook mampu milik dengan cip iPhone, barisan MacBook baru dengan cip siri M5, iPad Air dengan cip M4 serta iPad baru dengan cip A18.

Dua peranti baru iaitu iPhone 17e dan MacBook mampu milik dijangka akan mencuri tumpuan pada acara ini. Beberapa maklumat mengenai kedua-dua peranti telahpun didedahkan hadir dengan penawaran dan peningkatan yang menarik.
iPhone 17e dikatakan hadir dengan cip Apple 19 yang dipadankan dengan modem Apple C1X serta cip N1 Wireless Network. Menyokong pengecasan MagSafe yang lebih pantas iaitu 25W, namun menggunakan rekaan yang sama seperti iPhone 16e.

MacBook mampu milik ini akan dikuasakan dengan cip A18 Pro iaitu cip saya yang digunakan pada siri iPhone 16 Pro. Kemampuan cip ini dikatakan menghampiri prestasi cip M1 generasi awal sekaligus cukup untuk digunakan bagi tugasan harian. Menggunakan skrin bersaiz 12.9-inci dengan kerangka aluminium yang dihasilkan melalui proses baru dengan kos yang efektif.