vivo mengumumkan dua peranti baru iaitu V70 dan V70 Elite di India. Kedua-dua peranti ini hadir dengan spesifikasi yang hampir sama cuma dibezakan dengan cip dan konfigurasi memori.

Untuk vivo V70, ia dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 manakala untuk V70 Elite pula dijana dengan cip Snapdragon 8s Gen 3. Dari segi konfigurasi memori, V70 menyokong RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Sementara untuk V70 Elite, ia menggunakan RAM LPDDR5X sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1.

Kedua-dua model hadir dengan skrin OLED jenis rata bersaiz 6.59-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 5000 nits. Menggunakan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Seperti model sebelumnya, kemampuan kamera ini turut dibantu oleh Zeiss.

Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Spesifikasi lain yang turut hadir seperti pengimbas cap jari ultarsonik, Bluetooth 5.4, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16.

Siri vivo V70 dijangka akan turut diperkenalkan di beberapa pasaran lain seperti Eropah, Asia Tenggara dan juga Timur Tengah.