Close

Siri Xiaomi 17 akan tiba secara global pada 28 Februari ini

Xiaomi secara rasmi mengesahkan ketibaan peranti baru mereka iaitu siri Xiaomi 17 ke pasaran global pada 28 Februari 2026.

Acara pelancaran Xiaomi 17 akan berlangsung di Barcelona selari dengan acara Mobile World Congress (MWC). Xiaomi dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baru, namun begitu acara ini akan lebih terarah kepada siri Xiaomi 17.

Kedua-dua peranti telahpun tiba lebih awal di pasaran China, namun tidak dapat dipastikan adakah ia akan menggunakan spesifikasi yang sama atau sebaliknya. Xiaomi 17 dan 17 Ultra dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan memfokuskan kepada kemampuan kamera yang lebih baik dengan kerjasama Leica.

Seperti sebelumnya, tiada model Xiaomi 17 Pro dan 17 Pro Max akan ditawarkan ke pasaran global. Pada acara ini, Xiaomi akan turut mengumumkan Xiaomi Pad 8 Pro, Xiaomi Watch 5 dan juga Xiaomi Tag.

ARTIKEL BERKAITAN