Close

Nothing Phone (4a) dan (4a) Pro akan dijana dengan cip Snapdragon

Nothing mengesahkan siri Phone (4a) bakal dikuasakan dengan cip dari Qualcomm iaitu Snapdragon.

Walau bagaimanapun, Nothing tidak mendedahkan secara terperinci mengenai cip yang akan digunakan. Namun begitu, terdapat laporan mendedahkan siri Phone (4a) akan dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 4.

Cip ini menggunakan teknologi binaan 4nm yang mampu menawarkan keseimbangan antara prestasi dan juga kecekapan kuasa. Cip ini menjanjikan peningkatan CPU sehingga 10% sekaligis mampu menyokong pelbagai ciri kecerdasan buatan (AI) yang ditawarkan melalui Nothing OS.

Phone (4a) dan (4a) Pro bakal ditawarkan dengan perbezaan yang ketara. Untuk Phone (4a) ia dijangka hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci, bateri 5400mAh dan menyokong pengecasan 50W.

Manakala untuk Phone (4a) Pro, ia hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.83-inci dengan paparan 144Hz, kamera utama 50MP dan menggunakan bingkai dari aluminium unibody. Seperti namanya, model Pro akan hadir dengan spesifikasi yang lebih premium berbanding model biasa.

ARTIKEL BERKAITAN