Close

Siri Infinix Note60 akan tiba di Malaysia pada 27 Februari ini

Siri Infinix Note60 bakal memasuki pasaran tempatan pada 27 Febuari 2026. Seiring dengan itu, beberapa maklumat awal telahpun dikongsi.

Infinix Note60 Pro antara model yang disahkan hadir ke pasaran tempatan. Membawakan spesifikasi yang hampir sama seperti versi global. Hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan paparan 144Hz dan menyokong kecerahan puncak 4500 nits.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 4 dan dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar serta 30W tanpa wayar. Ciri menarik pada model ini adalah Active Matrix Display, merupakan panel LED tersembunyi di belakang yang hanya aktif apabila digunakan. Panel LED ini menyokong fungsi notifikasi, animasi dan permainan mini.

Ciri ini boleh dikatakan mirip seperti Glyph Matrix yang dimuatkan pada Nothing Phone (3). Selain Infinix Note60 Pro, model Ultra dijangka akan turut tiba ke pasaran tempatan. Infinix Note60 Ultra bakal membawa rekaan yang lebih premium yang dihasilkan dengan kerjasama Pininfarina.

ARTIKEL BERKAITAN