Close

WhatsApp bakal menyokong ciri ‘Scheduled messages’

WhatsApp bakal membawakan satu lagi ciri baru iaitu ‘scheduled messages’, membolehkan pengguna menghantar mesej secara berjadual.

WhatsApp ketika ini sedang membangunkan ciri baru yang membolehkan pengguna menjadualkan mesej untuk dihantar secara automatik mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Ciri ini telahpun dikesan melalui program TestFlight.

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu menulis mesej seperti biasa kemudian tetapkan tarikh dan masa untuk penghantaran. Mesej yang telah dijadualkan akan diletakkan dalam status ‘queued’ dan akan dihantar secara automatik apabila tiba masanya.

Semua mesej yang telah dijadualkan akan dipaparkan pada satu bahagian khas dalam maklumat sembang. Melaluinya, pengguna dapat melihat jumlah mesej yang dijadualkan serta boleh memadam sebelum mesej dihantar. Selain itu, penerima tidak akan menerima sebarang notifikasi sekiranya mesej dibatalkan sebelum waktu penghantaran.

Ciri ini akan memudahkan lagi pengguna dalam merancang masa untuk komunikasi dengan lebih baik dan teratur. Buat masa ini, ciri ini masih lagi dalam fasa pembangunan dan akan diuji sebelum ia tiba secara rasmi untuk semua pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN