Google telah menjadualkan acara khas iaituI/O 2026 pada 19 dan 20 Mei ini. Pada acara ini Google akan mengumumkan pelbagai perkara merangkumi perisian dan produk baru.
Seperti tahun lalu, Google akan memberi tumpuan kepada kecerdasan buatan (AI) dengan pelbagai kemas kini untuk model Gemini serta pengenalan kepada penjanaan imej dan video AI baru. Google dijangka akan mengumumkan model AI yang lebih berkuasa dan lebih canggih.

Selain itu, Google akan turut memperlihatkan versi awal Android 17 yang akan menggunakan nama kod “Cinnamon Bun”. Versi stabil Android 17 dijangka akan tiba sekitar Jun 2026. Terdapat beberapa lagi kemas kini perisian baru yang akan turut diperlihatkan seperti Android XR, Wear OS, Android TV dan Google Workspace.