Close

Rekaan Nothing Phone (4a) diperlihatkan – Hadir dengan sistem Glyph baru

Nothing telahpun menjadualkan acara pelancaran siri Phone (4a) pada 5 Mac 2026. Seiring dengan ketibaannya, rekaan Phone (4a) telah diperlihatkan secara rasmi.

Phone (4a) masih mengekalkan rekaan lut sinar yang merupakan identiti kepada Nothing. Rekaan bahagian bawah kini lebih terrdedah dan menggunakan kemasa dua tona warna. Perubahan ketara adalah pada bahagian sistem Glyph, Phone (4a) tidak lagi menggunakan Glyph Interface sebaliknya diganti dengan Glyph Bar.

Glyph Bar dikatakan 40% lebih terang dari model sebelumnya, namun dengan kurang kesan silau. Selain itu, kedudukan butang essential kini diletakkan di sebelah kiri berbanding di sebelah kanan pada model sebelumnya. Phone (4a) dijangka hadir dengan empat pilihan warna itiu Hitam, Putih, Merah Jambu dan juga Biru.

Nampaknya, Phone (4a) hadir dengan pelbagai perubahan menarik bukannya sekadar kemas kini kecil.

ARTIKEL BERKAITAN